Permohonan EdD Teknologi Pendidikan HLP KPM 2026
Roobendhiran Sethuraman

Roobendhiran Sethuraman

Guru | Inovator Teknologi Pendidikan | Pemohon EdD

Menghubungkan amalan bilik darjah, inovasi digital dan penyelidikan pendidikan untuk impak sistemik yang lebih bermakna di peringkat akar umbi hingga ke peringkat dasar.

25+

Sistem Digital Dibangunkan

10+

Bengkel & Ladap

48+

Anugerah & Pengiktirafan

Ringkasan Profesional

Jawatan Semasa

Guru Akademik KPM & Ketua Panitia

Kelayakan Akademik

Sarjana Pendidikan (Sistem Instruksional & Teknologi)

Fokus Kepakaran

Rekabentuk Pembangunan (DBR), Kejuruteraan Prompt AI, Automasi Pengurusan Sekolah, dan Pedagogi Digital Bersepadu.

Fokus Kajian Doktoral

Pembangunan dan Penilaian Kerangka Prompt Engineering Berasaskan Pedagogi Guru untuk Menyokong Pengajaran di Sekolah Rendah menggunakan DBR.

Teras Portfolio

Dokumentasi komprehensif kepakaran, penyelidikan, dan bukti inovasi yang menyokong kesediaan saya untuk pengajian peringkat doktoral.

Kajian & Visi Doktoral

Rangka kerja penyelidikan DBR, pernyataan masalah, dan kerangka PEDAGOGI yang menyasarkan penyelesaian berasaskan AI di sekolah.

Teroka Kajian

Pencapaian & Pengiktirafan

Rekod kecemerlangan profesional, kepimpinan panitia, anugerah inovasi, dan pembentangan di pelbagai peringkat.

Lihat Galeri

Inovasi & Sistem Digital

Koleksi platform, skrip automasi, dan sistem pendidikan berskala penuh yang dibina untuk menyelesaikan masalah sebenar guru.

Semak Sistem
Bahagian 01

Kajian & Visi Doktoral

Cadangan Tajuk Penyelidikan

Pembangunan dan Penilaian Kerangka Prompt Engineering Berasaskan Pedagogi Guru untuk Menyokong Pengajaran di Sekolah Rendah: Satu Kajian Reka Bentuk Berasaskan Penyelidikan

Kajian ini dicadangkan bagi menyahut seruan Dasar Pendigitalan Pendidikan (2021-2030). Walaupun 96.7% guru melaporkan penggunaan AI, ia masih tertumpu kepada tugas pentadbiran, bukan integrasi pedagogi secara sistematik akibat ketiadaan panduan berstruktur yang selari dengan konteks DSKP dan Tahap Penguasaan (TP) tempatan.

Pernyataan Masalah

Perbandingan Dimensi Kerangka Sedia Ada

Perbandingan antara Kerangka PEDAGOGI (cadangan) dengan kerangka sedia ada.

1. Ketiadaan Panduan Kontekstual

Kerangka Barat (IDEA, CLEAR) tidak menyepadukan DSKP dan konteks pendidikan Malaysia.

2. Output 'Satu Saiz' (Tiada Pembezaan TP)

AI menjana bahan generik tanpa membezakan Tahap Penguasaan (TP) murid yang pelbagai.

3. Proses 'Trial-and-Error' Tidak Efisien

Guru melalui percubaan berulang yang memakan masa sebelum mendapat output sesuai.

4. Ketiadaan DBR Iteratif Penuh

Belum ada kerangka dibina bersama guru di bilik darjah sebenar bagi menghasilkan *design principles*.

Objektif Kajian

1

Mengenal pasti keperluan pedagogi, cabaran, dan amalan semasa guru sekolah rendah dalam menggunakan AI.

2

Mereka bentuk draf awal Kerangka PEDAGOGI dengan mengintegrasikan DSKP, TP, dan domain teori TPACK.

3

Menambah baik secara iteratif kerangka tersebut melalui dua kitaran DBR bersama guru (co-designers).

4

Menilai tahap kebolehgunaan praktikal dan pengaruhnya terhadap kualiti bahan perancangan PdP guru.

5

Merumuskan *Design Principles* muktamad bagi memandu pembinaan prompt berteraskan pedagogi di Malaysia.

Kerangka Konseptual

TPACK

Asas reka bentuk kerangka (TK + PK + CK).

(Mishra & Koehler, 2006)

Scaffolding & ZPD

Mekanisme sokongan progresif kepada guru & murid.

(Vygotsky, 1978)

Reflective Practice

Pembelajaran melalui refleksi semasa & selepas.

(Schon, 1983)

DBR Meta-Kerangka

Pendekatan iteratif menghasilkan design principles.

(Barab & Squire, 2004)

Kerangka PEDAGOGI (8 Prinsip Reka Bentuk)

P
ZPD (Vygotsky, 1978)

Profil Murid

Setiap prompt mesti nyatakan tahun, bilangan murid dan profil tahap keupayaan mereka secara spesifik bagi menyokong kerangka ZPD murid.

Contoh Prompt Tunggal

"Saya guru BM Tahun 4. Kelas saya ada 30 murid: 8 orang TP1-TP2, 15 orang TP3-TP4, 7 orang TP5-TP6..."

Impak & Kepentingan Kajian

Akademik

Menghasilkan Design Principles empirikal untuk *prompt engineering* dalam pendidikan, memajukan teori TPACK dlm era GenAI.

Praktikal

Membekalkan kerangka arahan terus yang mengurangkan masa persediaan guru dan meningkatkan penghasilan bahan PdP terbeza TP.

Dasar

Input bukti lapangan kepada KPM dalam menyediakan panduan rasmi integrasi AI selaras dengan dasar KP2027 kelak.

Tinjauan Literatur & Jurang

Teori Teras

  • TPACK (Mishra & Koehler)

    Keperluan pengintegrasian pengetahuan teknologi, pedagogi, dan kandungan secara sepadu dalam instruksi AI.

  • Scaffolding (Vygotsky / Bruner)

    Mekanisme sokongan kepada guru menyusun arahan, dan menghasilkan bahan yang menepati ZPD murid.

  • Reflective Practice (Schon)

    Pembelajaran profesional melalui *reflection-in-action* dan *reflection-on-action* semasa DBR.

Kajian Terdahulu & Jurang

IDEA Framework (Park & Choo, 2025)

Konteks pendidikan khas Barat; tiada pelaksanaan iteratif lapangan (DBR).

CLEAR Framework (Lo, 2023)

Sintesis konseptual; belum melalui pengesahan empirikal di bilik darjah.

Prompt Canvas (Hewing & Leinhos, 2024)

Berasaskan literatur semata-mata tanpa proses co-design bersama pengguna.

👉 Jurang ini membenarkan pembinaan kerangka empirikal baharu (PEDAGOGI) yang khusus untuk DSKP Malaysia.

Metodologi Kajian

Reka Bentuk Penyelidikan

Design-Based Research (DBR)
Kualitatif dominan dlm paradigma interpretivisme. 2 kitaran penuh berdasarkan Model McKenney & Reeves (2019).

Sampel / Peserta

8-12 Guru Sekolah Rendah
Persampelan bertujuan (criterion-based). Daerah Hilir Perak. Bertindak sebagai *co-designers*.

Pengumpulan Data

Pelbagai Sumber (Triangulasi)
Temu bual F1/F5, Pemerhatian (Rubrik B), Analisis Artefak (Rubrik A), Jurnal, dan Kumpulan Fokus.

F1

Analisis Keperluan: Temu bual & analisis amalan AI guru semasa.

F2-3

Reka Bentuk: Bina PEDAGOGI & pengesahan pakar.

F4-5

Pelaksanaan & Penilaian: Kitaran 1 (8mggu), Kitaran 2 (6mggu). Penilaian kualitatif berterusan.

F6

Penambahbaikan: Kumpulan fokus untuk menetapkan Design Principles akhir.

Bahagian 02

Pencapaian & Pengiktirafan

Peranan Kepimpinan & Pencapaian Utama

Guru Jauhari Digital KPM 2025

Pengiktirafan kecemerlangan pendigitalan.

Ketua Panitia RBT Daerah

Penyelaras berjawatan selama 2 Tahun.

Jurulatih Utama (JU) & Penceramah

Sumbangan profesionalisme daerah/negeri.

Anugerah Emas Guru Inovasi

Daerah Hilir Perak.

Guru Pendidikan Maya

Daerah Bagan Datuk.

Jurulatih e-RPH Daerah

Daerah Hilir Perak.

Jurulatih Drone Sekolah Rendah

PKG Hilir Perak.

12+ Anugerah Emas Inovasi

Peringkat Antarabangsa & Kebangsaan.

Ujian ICDL 100% Markah

Pencapaian Peringkat Asia.

Kajian, Artikel & Pembentangan

Koleksi bahan akademik, kertas kajian tindakan, dan slaid pembentangan dalam format PDF untuk rujukan panel.

Penerbitan Artikel KLIBISE2022

Mengkaji Keberkesanan Menggunakan Pendekatan Gamifikasi.

Buka / Muat Turun PDF

Slaid Simposium Kajian Tindakan

& Inovasi Hilir Perak 2025 (Inovasi Gamifikasi).

Buka / Muat Turun PDF

Kajian Tindakan Interactive Game

Pelaksanaan pembelajaran interaktif untuk meningkatkan penglibatan murid dalam bilik darjah.

Buka / Muat Turun PDF

Kajian Tindakan Dam Warna Warni Tahun 1

Kertas kerja sokongan membuktikan penambahbaikan pedagogi berterusan.

Buka / Muat Turun PDF

Galeri Pencapaian

Koleksi bukti rasmi, 37 sijil penyertaan, pengiktirafan dan anugerah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Sijil & Anugerah Khas (Landskap)

Sorotan Pertandingan & Inovasi Utama

AI Learning Buddy Builder Training Module

Okt 2024

KPM / Canva – Completed professional learning on creating AI study buddies.

Silver Award (Mentor Teacher)

2025

Melaka Vocational College International Innovation Competition 2025 (MVCIIC25).

Google Certified Educator Level 2

Sah hgga 2028

Google for Education.

Google AI Educator Certificate

Google for Education.

Guru Pembimbing (Mentor Teacher)

Tahun Ke-5

Drone Edu Challenge IR 4.0 Peringkat Kebangsaan.

Urusetia (Committee)

2022

Seminar Amalan Inovasi PdPc Didik Hibur Peringkat Kebangsaan.

Jurulatih (Trainer)

E-RPH Sekolah Rendah (PPD Hilir Perak).

Urus Setia (Committee)

2025

Pertandingan Pentas Boneka, Karnival Kecemerlangan Pendidikan Murid Prasekolah KPM Daerah Hilir Perak.

Penceramah (Speaker)

Bengkel Penyediaan E-RPH Dalam Google Classroom (SJKT Ladang Batak Rabit).

Professional Certificate

AI in the Classroom (KPM / Canva).

Professional Certificate

Canva Essentials (KPM / Canva).

Professional Certificate

Teacher Essentials (KPM / Canva).

Professional Development

2024

Workshop with Gemini AI: Unlocking the Power of Gemini AI (BOE).

Participating Award

2025

Juara Digital Pandai 2025.

Sijil Penyertaan

2023

RERO Outreach Campaign 2023.

Bahagian 03

Inovasi & Sistem Digital

Sebagai pendidik yang juga pembangun (developer), saya membina penyelesaian perisian untuk menangani titik kesakitan (pain points) sebenar dalam ekosistem sekolah—daripada perancangan pengajaran hinggalah kepada automasi analisis data dan gamifikasi.

Aplikasi Terbina (Scaffolding)

Prompt PEDAGOGI

Bina Prompt (Borang)

Sistem akan menyusun prompt PEDAGOGI berdasarkan input anda.

P Profil Murid

D DSKP / Topik

A Aras (Bloom)

G Gred (TP)

O Output

G Garis Masa

Etika (E) & Inklusi (I): Sistem akan memasukkan arahan secara automatik untuk memastikan AI menggunakan laras bahasa murid dan menolak fakta yang berunsur bias.

Janaan Prompt AI

Penilaian PEDAGOGI Live

0/8 Lengkap